Altenatif Site

Do You Dare – Athlon 64 X2 5000+ Black Edition

hehe.. CPU power keluaran AMD. Multiplier dia tak lock. Jadi kepada yang giler overclock komputer CPU nie mmg patut beli laa.. tapi harga dia tak tahu lagi.

5000 Black Edition Vs Athlon 64 X2 6000

Dua-dua 64 bit, dual-core, 1GHz Syste bus.

Athlon 64 x2 5000 Black Edition cume 2.6GHz, x13 multiplier (unlocked), 1mb level 2 cache, 65-nanometer architecture  process, 65 wattage dan 1.3 voltage.

Athlon 64 x2 6000.  3Ghz clock frequency, x15 multiplier (locked), 2mb level 2 cache, 90 nanometer architecture  process, 125 wattage dan 1.4 voltage.

memang kalu stendet yg 6000 lagi power tapi kalu overclock yang black edition. Black edition bleh naik sampai 3.2 GHz dengan menambah multiplier sampai x16.

dan ini adalah Athlon terakhir AMD buat, pasnie akan kuar Phenom pulok. Quad Core.

Lagi Rockers Insaf – Amy Search :D

Salam Kamunting,
Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara hidup dunia seorang artis.

Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.

Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni.. Sebab pun budak – budak remaja terlompat – lompat bila dapat jumpa dan bersalam dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja – kinja macam beruk kena belacan. Seronok sangat rupa – rupanya..

Saya yang taklah minat Amy Search pun jadi seronok juga dapat bersalam dengan artis. Kalaulah aku ni artis, mesti melompat – lompat orang nak bersalam dengan aku.. he he

Selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat minggu lepas, kawan saya, Ustaz Norazli Musa Taliban mengajak saya untuk beraya di rumah Amy pada petang itu. Katanya, Amy dah dua kali sms supaya datang ke rumahnya. Bukan main eksen lagi beliau tunjukkan sms tu pada saya sambil mengusap – ngusap janggutnya yang panjang sampai ke bawah pusat itu. Hah, perasan lebih – lebih pula ustaz Taliban Qandahari Afghani ni.. Ingatkan saya, dia dulu yang perasan rupa – rupanya. Read more »

Final Exam

dsc00836.jpg

 

Lawa weh keto atah tu. :D Ore duk studi nak final dio gie wak keto. DAQ9986 kelisa baru menjelma jadi Daihatsu Coure. Depe jaah.. blake stendet. lawa dop? sapa yang terserempak nga keto nie.. tabik deh.. takut ambo ado dale nie. hehehe kete sendiri masih stendet lagi. :D takpe-takpe nanti kita wak comel lagi lawe keto nie.

Jom Turun 10 November nie!!!

Assalamualaikum.

Kepada sahabat-sahabat, pembaca-pembaca blog dan semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan cintakan Malaysia itu sendiri. Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Jom kita turun ramai-ramai

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 November 2007 (Sabtu)
Masa: 3 petang

Nota:

1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes.

2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH.

Next Page »